Tutorial blogging ini disediakan bagi memenuhi permintaan pengguna IT dan Bisnes Online terutamanya di Malaysia. Ramai yang telah berjinak-jinak dengan perniagaan online dan memnggunakan facebook sebagai medium jualan mereka.
Sebagaimana yang kita tahu, dunia internet tiada batasannya. Oleh itu cakapbanyak.com telah berusaha menyediakan tutorial blogging wordpress secara percuma kepada pengguna internet.
Tutorial wordpress online ini sangat sesuai untuk mereka yang langsung tiada pengetahun IT. Ini kerana cakapbanyak.com memahami bahawa ramai yang tahu mengguna internet tapi tidak tahu cara membuat blog dengan betul.
Selaras dengan itu cakapbanyak.com juga menyediakan tutorial pengetahuan asas membeli domain name dan web hosting serta teknologi programming HTML dan PHP yang digunakan untuk membangun sesebuah website atau blog yang dinamik.
Wordpress ialah blogging tools yang dynamic dan salah satu content management system terbuka(open source). Dengan pelbagai ciri-ciri wordpress themes dan wordpress plug-in yang dibina oleh open source community, wordpress menjadi terkenal dan digemari ramai blogger di seluruh dunia.
Themes ialah paparan atau antaramuka sesebuah blog. Wordpress mempunyai themes yang mesra pengguna dan mudah untuk di install. Pengguna wordpress boleh mengubah dan memaparkan wordpress themes dengan mudah tanpa perlu mengetahui bahasa pengaturcaraan.
Plugin ialah tool atau alat yang membolehkan wordpress blog itu berfungsi mengikut kehendak pengguna. Plugin juga boleh didapati dari web secara percuma dan membolehkan blog anda menjadi lebih power seperti mesra pengguna atau search engine optimization.
Selain daripada blog, cakapbanyak juga ada menyediakan tutorial database MySQL, Oracle dan Microsoft SQL Server supaya pengunjung dapat mendalami lagi ilmu IT dan menjadikan cakapbanyak.com sebagai rujukan.
Ramai diantara kita yang ingin tahu rahsia mencari wang secara online melalui google adsense. Jadi cakapbanyak.com tidak ketinggalan dalam aspek ini dan menyediakan tutorial yang mudah difahami untuk pengungjung pelajari teknik menjana wang melalui google adsense.
Semoga dengan adanya tutorial ini, anda semua dapat menyediakan blog dan boleh menjana pendapatan melalui internet.

